Wakil Anne Hung Menghadiri Majlis Menandatangani MOU/MOA Antara UM Dengan FGS Serta Perasmian HBRC
分享到
Wakil Anne Hung menghadiri majlis menandatangani MOU/MOA antara Universiti Malaya dengan Fo Guang Shan serta perasmian Pusat Penyelidikan Buddhisme Humanistik (HBRC) pada 21 November 2022, untuk menyaksikan permulaan kolaborasi penyelidikan mengenai topik dan isu berkaitan dengan kemanusiaan, sejarah, budaya, ajaran Buddha serta Buddhisme Humanistik kedua-dua pihak.
Wakil Anne Hung memuji sumbangan Fo Guang Shan dalam mempromosikan kajian Buddhisme Humanistik dan usaha menjalin kerjasama pendidikan antarabangsa. Beliau juga menyatakan bahawa Universiti Malaya merupakan rakan rapat Taiwan dalam usaha memperkasakan kerjasama pendidikan. Dengan penubuhan HRBC, beliau mengharapkan kerjasama pendidikan dan penyelidikan yang lebih banyak pada masa hadapan.
Tetamu- tetamu majlis termasuk Dr. Chaur-Shin Yung, Canselor dan Presiden Konsortium Universiti Antarabangsa FGS, Profesor Dr. Yvonne Lim Ai Lian, Penolong Naib Canselor Universiti Malaya, Ven Jue Cheng, Chief Abbess Fo Guang Shan Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia, Profesor Datuk Dr. Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan wakil-wakil dari pelbagai universiti, serta cawangan Fo Guang Shan di seluruh dunia.