Kementerian Pendidikan Republik China (Taiwan) menawarkan pelbagai biasiswa kepada warganegara Malaysia setiap tahun. Antaranya adalah Taiwan Scholarship dan Huayu Enrichment Scholarship. Selain itu, Biasiswa ICDF adalah biasiswa yang khas untuk pelajar yang ingin belajar program sarjana dan doctor falsafah di Taiwan.
Biasiswa MOE Taiwan
Meliputi yuran pengajian sebanyak NTD 40,000(≈RM5,800) setiap semester.
Elaun sara hidup bulanan NTD 15,000 (≈RM2,200)pada peringkat ijazah sarjana muda dan NTD 20,000(≈RM2,900) pada peringkat pasca siswazah.
Biasiswa HES
Mengikuti kursus Mandarin jangka pendek di Taiwan.
Stipend bulanan NTD 25,000 (≈RM3,600).
Tempoh biasiswa: 3 bulan atau 6 bulan
Biasiswa Taiwan ICDF
Mengikuti kursus pengajian pasca siswazahtertentu yang diajar bahasa Inggeris di Taiwan.
Biasiswa penuh, termasuk tiket penerbanganpergi-balik, perumahan, yuran tuisyen dankredit, insurans, elaun buku teks, dan elaunbulanan.
Permohanan biasiswa-biasiswa tersebut akan dibuka pada bulan Februari sehingga Mac setiap tahun.