1.Sejarah Penubuhan Pejabat Perwakilan
Pejabat Perwakilan Taiwan di Malaysia
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan bermula pada tahun 1960 dengan pembukaan Pejabat Konsulat Taiwan di Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan menaik taraf Pejabat Konsulat Taiwan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Taiwan pada tahun 1969. Namun, apabila hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan ditamatkan pada 31 Mei 1974 Konsulat Jeneral Taiwan di Kuala Lumpur ditutup dan dinamakan semula sebagai Fareast Trading & Tourism Center Sdn Bhd pada Ogos 1974.
Malaysia bersetuju Fareast Trading & Tourism Center Sdn Bhd dinaik taraf dan ditukar kepada Taipei Economic and Cultural Centre in Malaysia untuk mewakili status organisasi Kerajaan Taiwan pada tahun 1988. Kemudian, pada 13 Julai 1992 Kerajaan Malaysia bersetuju menaik taraf nama Taipei Economic and Cultural Centre in Malaysia kepada Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia.
Pejabat Perwakilan Malaysia di Taiwan
Apabila hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan berakhir pada tahun 1974, Pejabat Konsulat Malaysia di Taipei kemudiannya telah ditutup. Seterusnya, entiti Malaysia di Taiwan hanya diwakili oleh Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 1979. Pada Oktober1983, Pejabat Perdagangan Malaysia telah diwujudkan dan selepas itu ditukar kepada Friendship and Trade Exchange Centre (FTEC). Jabatan Imigresen pula menyertai FTEC pada tahun 1985.
Pejabat FTEC diperluaskan dengan pewujudan Bahagian Ekonomi pada Mac 1987 dan nama FTEC ditukar kepada Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei (Malaysian Friendship and Trade Centre, MFTC). Selepas itu, Bahagian Pelaburan (MIDA) telah diwujudkan pada Mei 1988, dan diikuti oleh Bahagian Pelancongan pada tahun 1989.
Walaupun Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, namun kedua-dua pihak telah menjalin kerjasama yang signifikan dalam bidang perdagangan, perlaburan, sosial dan kebudayaan.
2. Perhubungan Ekonomi dan Pelaburan
(1)Perhubungan Ekonomi dan Perdagagan
Menurut statistik daripada MATRADE Malaysia, perdagangan dua hala antara Taiwan dan Malaysia mencecah USD 57.42 bilion pada 2025, peningkatan sebanyak 32.3% berbanding 2024. Taiwan mengeksport USD 35.74 bilion ke Malaysia (Nilai import Malaysia dari Taiwan), manakala mengimport USD 21.67 bilion dari Malaysia (Nilai eksport Malaysia ke Taiwan). Import utama Taiwan dari Malaysia termasuk pemproses dan pengawal, wafer atau peranti semikonduktor (termasuk litar bersepadu), mesin dan radas untuk mengeluarkan peranti semikonduktor atau litar bersepadu, alat ganti dan aksesori untuk merekodkan mesin pemprosesan data automatik, dan ingatan capaian rawak (RAM).
(2) Perhubungan Pelaburan
Pada September 2025, pelaburan Taiwan di Malaysia berjumlah kira-kira USD 619.74 juta. Sehingga September 2025, pelaburan Taiwan dalam sektor pembuatan Malaysia mencecah kira-kira USD 16.22 bilion, menduduki tempat ke-9. Industri utama yang dilaburkan termasuk produk elektronik dan elektrik, produk logam asas, produk tekstil, produk kimia dan produk logam fabrikasi.
(3) Pelaburan
Taiwan dan Malaysia menandatangani “Perjanjian Promosi Pelaburan dan Perlindungan antara Taiwan dan Malaysia”pada 18 haribulan Februari, 1993, di mana pelaburan dari Taiwan ke Malaysia telah diperuntukan.
(4) Cukai
“Perjanjian Pengelakan cukai dua kali dan pencegahan cukai pelarian fizikal antara Taiwan dan Malaysia”telahpun ditandatangani pada 23 haribulan July, 1996. Taiwan mendapatkan keizinan rujukan daripada Executive Yuan pada 29 haribulan Januari, 1997. Pihak Kerajaan Malaysia merasmikan pengumuman dan mengazetkan dengan berkuat kuasa pada bulan Februari, 1999.
3. Perhungan Pelancongan
Menurut statistik daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, pada tahun 2025, jumlah pelancong Malaysia yang mengunjungi Taiwan ialah 424,000 orang. Manakala, pelancong Taiwan yang melancong ke Malaysia pula berjumlah 400,000 orang.
Taiwan melaksanakan pemberian 14 hari bebas visa percuma kepada pelancong Malaysia sejak Nov tahun 2002; Pada 1 May 2003 tempoh visa percuma dilanjutkan sehingga 30 hari kepada pelancong Malaysia. Kerajaan Malaysia memberi Taiwan membenarkan pelancong Malaysia menggunakan visa ketibaan selama 14 hari sejak Nov tahun 2003; Pada 1 Sep 2006, tempoh visa ketibaan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk pelancong Malaysia. Di samping itu, pada 15 Mar 2009 kerajaan Malaysia telah membatalkan pemberian visa percuma kepada pelancong Taiwan. Pada 18 Mar 2011 kerajaan Malaysia membenarkan pelancong Taiwan menikmati tempoh visa 15 hari di Malaysia. Sejak 15 September 2015 pelancong Taiwan dapat menikmati tempoh visa selama 30 hari di Malaysia.
Berdasarkan maklumat di atas telah menunjukkan kerjasama antara Malaysia dan Taiwan dalam hubungan antara kedua-dua negara mempromosikan pelancongan.